Showing posts with label hormonlucu. Show all posts
Showing posts with label hormonlucu. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Exam Volume 1

Musim lecture:

Bangun tidur
Cari fon dulu
Usha ada mesej or miscall tak

Sambil makan or dalam kelas
Tangan pegang fon 
Balas mesej si sayang

Balik dari tandas
Terus belek fon dulu

Pergi lecture class
Lambat lambat pun takpe, tak perlu tergopoh gapah
Lengah lengahkan 
Rapid bus kan banyak, apedehe?

Bila ada date
Cepat je siap
Kalau boleh nak punctual
Tak sanggup biar si dia tunggu lama lama

Kalau nak tidur
Benda terakhir yang nak dipegang adalah fon
Texting adalah aktiviti terakhir yang dilakukan untuk haritu
Kemudian terlelap sambil pegang fon



Musim final exam:

Bangun tidur
Cari BUKU dulu 
Gelabah selak mana yang tak cover lagi

Sambil makan
Tangan pegang BUKU 
Sambil try usha apa yang kawan sebut bout spot quest

Balik dari tandas
Terus belek BUKU dulu
Cari ''Apa eh last sentence apa yang aku baca tadi?'' 

Pergi exam hall
Cepat cepat
Sebab nak study last minute dengan kawan kawan before masuk dewan
Buat bulatan
Bincang apa yang penting penting je
Sesi saling-mengingatkan-apa-yang-lupa

Bila ada date
Semua pakat nak cancel
Kalau boleh dia berharap "kalau takde gewe lagi bagus"
Pause dulu katanya
Jangan ganggu hidup dia
KITA PUTUS!
for a while ye sayang :/


Kalau nak tidur
Benda terakhir yang nak dipegang adalah BUKU
Staring sampe lebam adalah aktiviti terakhir yang dilakukan untuk haritu
Kemudian terlelap sambil pegang BUKU
Menutupi muka
Dan lampu meja belajar terpasang

DAN FON ENTAH KE MANA ! >,<

They break up with their lovers
And start to make out with the books 

Dunia dunia~

HAHA :D

Saturday, January 22, 2011

Alzheimer

Ya. 
Dari hari ke hari, aku rasa aku semakin menjadi insan pelupa. Mengapa yaa? Haa?(menanya audiens)

Bila pulang menziarahi ibu bapa di desa (dusta) Ipoh, setiap pekerjaan ku di rumah itu akan dipengaruhi oleh sel sel otak durjana ku. Maka akan berlaku pelanggaran sel lupa dan sel tak lupa. Pada mulanya mereka bergaduh manja. Kemudian bertukar perang dingin. Dan akhirnya, sel lupa MENANG -,- sungguh bedrama di situ nampaknya *sigh

Dan hasilnya, aku melakukan tindakan yang menjentik emosi kedua orang tua ku

| Aku LUPA nak tunaikan kewajiban terhadap Ilahi |
(banyak episod qada' -.-!)

| Aku sering LUPA di mana letaknya pokok kari |
(kalau bonda menitahkan aku memetik daun kari untuk masak kari)

| Aku LUPA mana pokok limau, kekeliruan gender jenis daun tumbuh tumbuhan |
(kalau bonda rindu air tangan aku membuat air limau yang terlazat di alam Lindungan Bulan ini)

| Aku LUPA berapa sudu gula nak hendak ditaruh ke dalam air teh berjug sederhana |
(saya boleh buat ^.^)

| Aku LUPA berapa senduk gula hendak ditaruh ke dalam air limau berjug besar |
(sila bercita cita hendak bertandang ke rumahku untuk merasai nikmatnya sendiri. Pinang? Aku bom jalan depan rumah, Takde Lalauan *sebutan NO WAY*) 

| Aku LUPA bagaimana hendak memotong bawang dan kentang; melintang dan menegak bagaimana rupanya |
(masih berlaku kekeliruan arrow di situ, boleh jadi kedua duanya bertukar bukan? Bak try sekiranya masih ketawa terbahak bahak terhadapku)

| Aku LUPA berapa pot beras yang hendak ditanak; untuk 6 orang? 8 orang? |
(tak istiqamah, bergantung kepada bilangan ahli keluraga)

| Aku LUPA di mana letaknya hanger |
(kalau bonda menitahkan aku menyidai baju etc etc)




notakukukaki: Melayu mudah lupa- Tun Mahathir
tapi tapi tapi tapi Tun, saya BuMiJaBan, bukan Me :'(

Friday, November 5, 2010

Saling Menyantap :)

  SAYA SANTAP

breakfast for today: 
pengat pisang & jus oren segar

DAN DIA PUN NAK SANTAP JUGA

As a fact that I've read before says that:

Mosquitoes are more attracted to people who have recently eaten bananas -.-''

I love bananas...And because I love bananas...
...mosquitoes love me
-Qila's quote



 kukukaki: Makin banyak nyamuk akan menyerang aku malam ini
baru fogging semalam, tapi cam takda perubahan -,-!

Thursday, November 4, 2010

MATA MATA o.O

RM0.00 RC:
Salam dr Ketua Polis Prk
Tahniah menjadi ahli RakanCop.
Teruskan beri maklumat anda bg mencegah & memerangi jenayah agar harta/kenderaan anda slmt.

Sender: 63660
Sent: 4-Nov-2010
14:44:12

Mesej boleh blah lagi tak? HAHAHA
PLKN oh PLKN DESA RIMBA<3



kukukaki: rindu cikgu Rahim, pak polisi ;)