Wednesday, November 3, 2010

Super Killer, Please Qill Me -_-

SENTAP!

Yeah.This is the best word that can express my feeling for TODAY, ye adik adik -.-''
-sudah jatuh ditimpa tangga-

Manusia selalu berperangai dan berfikiran sangat sempit kan? 
Sebagai contoh, mindset kita, konon orang kampung ni agak kuno, miskin, pengetahuan tak banyak lah, boleh dan senang diperkotakkatikkan (kira berapa huruf K sekarang) dan sekian sekian. Pemikiran manusia ni lebih kurang sama je sebenarnya. So do I, sometimes lah, tidak dapat dinafikan. But, I'm trying to avoid it. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi aku tahu, golongan ini telah bertambah maju, dorang bukan masih di takuk yang lama. Bukti? Ramai dah ada cellphone sendiri, even lagi canggih dari aku (sape tahu, bagus). Muda mudi pula, ramai dah maju IT, ada fesbuk bagai. Harta pun dah banyak, tapi sorok kat bank lah, jarang dorang canang 1 kampung. Okay, tu je aku nak cakap. Yang lain, korang boleh buat penilaian sendiri lah. Ini (kisah orang kampung) bukan apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini pagi2 buta ni. 
Bagi aku, manusia jarang nampak kebaikan atau sifat2 mahmudah pada diri seseorang. Mereka hanya nampak yang buruk, hodoh2 belaka, sisi hitam, jahat, evil, sifat2 mazmumah (ok, teruskan cari perkataan seerti sendiri). Inilah lumrah manusia. Walaupun kita penat berubah jadi yang baik, orang akan tetap kenang ingat segala sisi gelap kita. Sesiapa yang pernah melaluinya, pasti memahami, seperti yang terjadi padaku. So, malas nak buka pekung di dada, komfem busuk, semua tanak kawan aku nanti. Aku dah la tak banyak kawan, sombong, annoying (seperti yang dinyatakan pada post intro), nanti lagi tak ramai kawan :)
Jadi, aku mengharapkan orang itu cuba lah pandang sisi baik aku. Ini tak, asyik ungkit je aku ni dulu macam mana, sampai aku argue dengan dia. Terjentik emosi aku tadi. Aku sedar la aku ini siapa. I'm a bad girl. Aku masih cuba berubah perlahan lahan, takde lah mendadak. 
Sabar nooooo!!

So, ini lagu yang aku rasa kena batang hidung aku malam ni (adoi!). Sikitlah~ eh tak tak, banyak :)
 tambah2, pada saat ke 0.11 - 0.22. haha





So, as you already know, pelajar2 Asasi UiTM kat fesbuk tengah gege pasal result yang baru keluar hari ini. Demit! Aku paling tak suka dengar, anti word ni-result exam. ish! tertaip pulak -.- Tambah2 kepada sape yang tanye, "eh Qila, result camne?". "Whattaa?? Who the h*** you are? Hey! mind your own business lah, tak yah sebok2 amik tahu aku punya. Tau lah result kau okay, so, kau dah ready dari segi mental dan fizikal bila aku tanya soalan timbal balik kannnnn??".*contoh getusan hati si polan polan*. Tapi aku akan jawab dengan proper lah ;) Sorry ah kawan, aku bukan kedekut nak kongsi kejayaan aku, aku cuma rasa malu je. Malu dan tahap drop aku tu sampai rasa macam nak terjun dari Menara Kayo (camni eh eja) je, alah menara dalam cerita Dragon Ball uh, tinggi kotttt. Kalau jatuh, mati dalam kehinaan je kan? So, camtulah aku rasa, tapi tak dapat nak buat sebab menara tu tak wujud, itu semua dunia kanak2 je (alasan). Aku tahu, kita mesti akan bertukar keputusan cam "okay, aku gitau ko aku punya, ko gitau aku ko punya, deal?!" tanak ahhhh! komfem2 aku teruk lagi dari korang. Men-dropkan aku lagi adalah. Nanti akan seksa jiwa batin aku je, jealous, cemburu buta mengalahkan si swek jeles kepada si pakwe yang sembang ngn awek lain, iaitu si lesbo awek itu sendiri. Adoiii -,-! Aku tahu level aku macam mana. Aku tahu prestasi aku macam mana. Orang selalu kata kat aku, "Qila, ko bolehlah, ko ni tak yakin betul" Kawan2 yang disayangi, aku tahu lah aku camne, if I said so, it' so!! Baru hari ini aku sedar yang aku sebenarnya ada moto hidup yang selama ini aku tercari2- if you think you can do it, you can. But if you think you can't do it, you're right. Yeahhh! Aku dah jumpa :') Aku tahu tahap kemampuan aku. So, korang tak payahlah nak letak sirap bandung, air laici, ABC kat hati aku, nak sedapkan hati aku. Aku akan tetap kata, 'Tengs ye kawan sedapkan hati aku', even I know it's not much helping and relieve me at all pun :(
So, aku berharap aku masih diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki result aku yang macam cb ni pada sem depan dan seterusnya. Apa aku nak jawab nanti kalau Pak Teh aku; which is a lawyer, kalau beliau tanya "Qila, belajar camne? result okay?" Takkan aku nak jawab macam tadi :p Hodoh betoii perangai. So, laaaaa niii aku sangat takut kalau2 terjumpa beliau kat mana2 -.- Oh Tuhan, selamatkan lah aku :(


Jap, nak makan. 
Have a break, have a Kit Kat :)


Okay. kepada sesiapa yang sudah bertanya kepada aku, MINTA MAAF BANYAK BANYAK ye kerna tidak dapat memberikan jawapan yang dapat memuaskan nafsu serakah korang, kerna soalan korang hanya mampu merobek hati aku sahaja :( kecuali Alia dan Zaza, sebab dorang dah TER bagi tahu result dorang kat aku. Takkan aku tanak kasi tahu kan, komfem aku makan penyepak pemenang pingat emas tunggal taikwandoh, kan Alia?! Kuikuikui ;D 

Jangan amik hati dengan karangan aku yang boleh menyinggung perasaan mana2 pihak. Kita KAWAN ye kawan kawan? :)


Dan aku berharap sangat akak Katik Perak dapat nyanyikan lagu ini kat aku sekarang, konon dapat heal hati aku yang berduka ini sikit -.-'


  




eh, dia dah nyanyikan ea? tacing :'')
okay, terubat sikit :))
terima kasih akak California :D







kukukaki: marilah muhasabah diri ye rakan2 -.-

4 comments:

  1. ouch ouch..aku terase sbb mlm td aku tanye..haha
    chill sudeh ok ;)

    ReplyDelete
  2. haha.nasib ko bukan bdk uitm.
    sorry2 ya~
    okay, i'll try :)

    ReplyDelete
  3. lah..igt aku duk unisel noob ke..
    ak pun risau gak..releks ar..
    hehe

    ReplyDelete
  4. bukan!
    maksud aku, nasib ko bukan bdk uitm, utk ditanya soklan timbal balik bout pointer.
    haha

    ReplyDelete