Tuesday, November 9, 2010

undecided plan

AHHHHH!!!  -sigh again 
*sambungan sigh entri sebelumnya


Alhamdulillah. sujud syukur (tipu) dapat keluar dengan teman2 semaktab. AKHIRNYA!!! dunia lihat lah aku! (tangan buka luas2 macam tadah hujan) setelah sekian lama aku bertapa dalam rumah bilik ini. hahahaha. baru aku tahu macam mana rupanya matahari hari ini (ni lagi tipu, aku tak pandang pun tadi) :)


Once upon a time, there live a princess name *ehem*. She lives at Taman Putri ehem ehem. She's such a lonely girl, living in a typical monarchy family, got many friends, but she still feel so lonely.
okay, tak larat speaking dah, memang berterabor la sape baca wehhhh -.-!

Ehem ! okay, tersebutlah kisah si tuan badan bermilik nama Qila, sering kesepian di rumah, tanpa kawan2 di sisi melainkan kawan2 di telefon bimbit dan mukabuku. Kasihan beliau. Mari kasihankan beliau bersama sama :'(

Dan hari ini (6 Nov), beliau dapat berhibur liburan dengan rakan2nya :)
okay.aku tahu.korang nak cakap aku gemok kan? -.-

setelah plan itu ini dengan Amal (pink), *actually aku dah taip panjang lebar dah kronologi aku ngn Amal, tapi terdelete* Pfftttt -,-! Konklusinya, memang macam2 lah, dari cerita pasal kelewatan aku, cerita aku mengadu domba kat Amal pasal kehidupan Law yang umphh =.=, ke babak dalam bas sehinggalah babak dah sampai JJ. ye, aku pergi JJ *sila tepuk tangan Buat!!* Sampai je kat sana, plan nak lunch. Tapi, Azue (hitam) suruh tapau, apakah? Makan je lah kan. Beliau berkata lagi, hari ni pergi Ulu Chepor lah, bosan lah JJ, nak picnic lah konon, katanya -.- Okay. Aku ngan Amal ronda2 dulu dalam JJ, drop by Mc'D jap. Aku belanja Amal McFlurry Oreo untuk menebus kelewatan aku, (Ayep & Edy pasti mempersoalkan mengapa aku tak belanja dorang time aku lewat kannnn ^_^) dan aku belanja Qila McFlurry Milo *sila meliur beramai2 :)

pastu bergerak ke Ulu Chepor, menaiki pacuan 4 roda milik Hazman; yakni milik si Azue. Otw ke sana, sempat mengutip Syaka, sampai kena guna GARMIN (GPS). Nak cari Chepor pun 1 hal, rasa macam dah tawaf 1 Ipoh dah nak cari tempat ni, sampai aku pun dah pening (ok, ni tak tipu, betul2 pening nak muntah. kan Ayep -.-)

------------------------------------------------------------------------------
dah sampai ! :)
nak duduk picnic pon tak tahu kat mana, lama betul decide. aku pon ajak lah dorang duk tengah2 air tuh, kat batu lah
ape barang duk atas darat, bentang paper bagai (padahal, memang takde bawak paper :p) sambil makan KFC & Mc'D, Azue & Hazman belanja :') 

ni contoh babak atas air Hazman & Syaka :) sooo sweetttt <3


ini budak yang tak pernah jumpa air :)


ini camera girl yang masuk air :))

Lepas banyak makan free petang itu, aku ngn Amal pergi JJ semula, kerna petang masih muda~ Hape lagi, pergi ke Secret Recipe pula, aku beli Wild Chocolate Cheese & Chocolate Indulgence, sumpah sedap siotttt. Eh, Ayep & Zaki, lap lah air liur tuh :D Dan sila jeles sebab tak keluar bersama saya :) kek2 tu saya makan penuh nikmat, pagi tadi baru lah tamat riwayat mereka. See! saya memang suka bertangguh benda2 yang nikmat camnih :)

Pastu, zassss..! Pergi main bowling ^_^ Dah lama tak main, sumpah dah berkarat cam Milo bakat aku -.-!

ini sahaja pose yang okay. Amal tak amik banyak gambar ;( *marah ni

Pastu, aku ngan Amal berdating sampai lah rahmat Tuhan turun. 


cool: camne nak balik nih?
hot  : haah lah, dah hujan
cool: takpe lah tunggu lah lagi. alasan dah ada kalau balik lewat ;)
*dialog reka2, monolog luaran je

kiteorang pon terus berdating, tawaf JJ. banyak betul lembu2 aku tengok dalam JJ hari tu, jantan semua pakat nak tindik telinga, aku pun tak pakai ear ring bagai -.-'' underage, biasalah, budak baru nak up~ rasa macam dah lewat sangat, aku ngan Amal pun tekad nak balik gak. Lebam lah kalau pak aji call japgi :p Naik je bas, jumpa budak yang sama time kiteorang datang JJ tadi. pffttt-.-' dah naik bas, turun bas. Asyik salah bas je. Bas dah takde nak ke area Pengkalan (area rumah saya) pukul 6.30 pm. =.= hadoy! sumpah, aku bukan pure ipoh, duhh! Malu. Siapa2 nak datang Ipoh, jangan jadikan aku tourist guide korang, peta Ipoh aku tak khatam lagi. Last2, dalam berlari dalam hujan, teksi passed by, rembat je lah. Terbang RM 15. takpe, bukan selalu membazir. Haha. 

Sampai gak rumah aku. Pheww~ Masuk je rumah, Umi kat depan baru lepas solat. Umi nak marah, tapi bila Amal masuk, tak jadi marah :p Masuk bilik, solat bagai, tiba2 Amal kata nak overnite. Auwww! Malu. Tak pernah kawan2 tidur rumah aku. dah la bilik sakai gile, sorry lah Amal. Nilah hidup saya, meyemakkan bilik :) Malam itu kiteorang pom pang pom pang online.

Amal dan reusable bagnya. Kami beli di JJ tadi, murah. aku rembat lah dua.
Okay, ini je tatapan halal (Ayep, pinjam ayat) untuk korang. Colour bilik: biru. Itu bucu katil saya. Dan itu pintu bilik air saya :)
for more pics, click here
 Itu je kisah enamnovember.Aku tak tidur coz buat benda2 lagha kat notebook ni hah ;)
Maaf lah tak update 2 hari. Bantai korang kesah sangat lah kannnnnnnnn





kukukaki: dah rupe diari harian -.- sumpah aku takde idea lawak

4 comments: